UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Ahmad Yazid Yahya
Title :Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina dan menguji modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi (IPB) menggunakan isyarat tangan bagi kegunaan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (BPKMP) tanpa komunikasi lisan. Seramai 134 orang peserta kajian, iaitu 115 orang guru pendidikan khas, tujuh orang pakar dan 12 orang murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dipilih menggunakan multiphase sampling. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik, borang penilaian pakar, modul, ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan 83.8% guru memerlukan modul pengajaran untuk mengajar murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dan 81.3% guru mempunyai masalah menjalankan pengajaran dan berkomunikasi bersama murid BPKMP tanpa komunikasi lisan. Dapatan kajian menyenaraikan 70 perkataan berfungsi mengikut tema dan daripada senarai ini, 10 perkataan paling utama dikenalpasti, iaitu [duduk] (M=9.33), [makan] (M=9.30), [rumah] (M=9.23), [bapa] (M=9.23), [ibu] (M=9.20), [nasi] (M=9.20), [minum] (M=9.20), [sekolah] (M=9.17), [lelaki] (M=9.17) dan [perempuan] (M=9.13). Pengkaji mendapati tahap kesahan (M=0.68, SD=6.89), tahap kebolehpercayaan (M=0.94, SD=0.94) dan tahap kebolehgunaan (M=0.81, SD=8.10) modul berada pada aras yang tinggi. Dapatan menunjukkan bagi kumpulan rawatan, skor ujian pra adalah 22.78% (M=0.23) dan skor ujian pasca adalah 58.89% (M=0.59). Manakala bagi kumpulan kawalan pula, skor ujian pra adalah 20.0% (M=0.20) dan skor ujian pasca adalah 22.78% (M=0.23). Kesimpulannya, modul pengajaran IPB dapat membantu guru pendidikan khas untuk berkomunikasi secara lebih berkesan bersama murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dan meningkatkan kemahiran komunikasi murid BPKMP tanpa komunikasi lisan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul pengajaran IPB amat sesuai diperluaskan penggunaannya di sekolah kerana pada kebiasaannya isyarat tangan hanya diajar kepada murid berkeperluan khas ketidak upayaan pendengaran dan tidak digunakan dalam pengajaran murid BPKMP. Modul pengajaran IPB yang dibina boleh digunakan sebagai panduan guru apabila mengajar murid BPKMP tanpa komunikasi lisan berinteraksi bersama ahli masyarakat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)